Saturday, June 11, 2016

Senjata Sulit Perokok Kerap Tidak Berfungsi !

Salam semua.

Tajuk kali ini agak panas sedikit. Senjata Sulit Perokok Kerap Tidak Berfungsi! Betul ke? Topik ni amat sesuai untuk mereka yang sudah berkahwin tetapi kepada adik-adik yang belum berkahwin atau akan berkahwin tidak salah membacanya kerana sekurang-kurangnya adik-adik tahu keburukan rokok dan mengambil keputusan untuk berhenti merokok.

Rilek brader... jangan marah dulu. Baca sampai habis dulu untuk tahu kebenaran atau tidak.

Adakah ini fakta atau rekaan orang yang tidak merokok? Nak tahu tanya lah diri si perokok. Kebanyakan kaki rokok terutama perokok tegar akan mengalami masalah seks bersama isteri tersayang. Kerapkali terjadi hilang fokus kepada hubungan kelamin tetapi mani terkeluar tanpa sengaja. Keadaan ini juga sering terjadi kepada lelaki yang sudah lama berkahwin. Adakah itu tanda-tanda akan mati pucuk atau sementara sahaja?

Sebenarnya ramai perokok di luar sana yang mengalami masalah ini cuma malu untuk mengaku sahaja. Kenapa masalah ini boleh terjadi? Seperti dalam topik sebelum ini saya ada menceritakan yang rokok membawa banyak kesan negatif kepada diri perokok dan hubungan suami isteri. Jika belum baca post sebelum ini sila klik sini(http://zakuanlr.blogspot.my/2016/06/bekas-perokok-terlanjur.html)
Rokok mengandungi bermacam-macam bahan bahaya yang kita semua ketahui. Nikotin dan tar yang terkandung di dalam rokok menyebabkan perjalanan darah ke kelamin lelaki tersekat.  Seperti yang kita semua maklum kelamin lelaki memerlukan bekalan darah yang cukup untuk berfungsi dengan sempurna apabila mengadakan hubungan kelamin. Akibat daripada gangguan bekalan darah ke situ menyebabkan kemampuan untuk ereksi dan nafsu seks menjadi lemah. Keadaan ini akan kerap berlaku sehinggalah perokok berhenti merokok. atau mereka akan mengalami masalah mati pucuk seumur hidup jika tidak berhenti segera.



Kenapa anda masih membiarkan masalah ini berlarutan. Hubungan seks bersama suami isteri adalah penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti. Jangan biarkan diri anda dan pasangan anda menjadi mangsa kesan negatif rokok.

Seperkara lagi, cuba anda tanya isteri anda adakah dia suka dengan ciuman bernafas rokok itu? Mungkin isteri anda akan menjawab secara tidak jujur demi menjaga hati anda. Tetapi percayalah mereka akan menjawab secara jujur apabila anda telah benar-benar berhenti merokok. Tidak percaya berhentilah dulu baru anda akan dapat jawapan.

Seperti biasa jangan lupa untuk ambil tindakan segera berhenti merokok ini pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Klik di sini untuk beli buku Jom Berhenti Merokok yang pernah saya beli sebelum ini.

Selamat berpuasa dan selamat berhenti merokok. Jangan lupa dapatkan tips untuk berhenti merokok dalam post yang akan datang.

No comments:

Post a Comment