Salam semua.
Tajuk kali ini agak panas sedikit. Senjata Sulit Perokok Kerap Tidak Berfungsi! Betul ke? Topik ni amat sesuai untuk mereka yang sudah berkahwin tetapi kepada adik-adik yang belum berkahwin atau akan berkahwin tidak salah membacanya kerana sekurang-kurangnya adik-adik tahu keburukan rokok dan mengambil keputusan untuk berhenti merokok.
Rilek brader... jangan marah dulu. Baca sampai habis dulu untuk tahu kebenaran atau tidak.
Adakah ini fakta atau rekaan orang yang tidak merokok? Nak tahu tanya lah diri si perokok. Kebanyakan kaki rokok terutama perokok tegar akan mengalami masalah seks bersama isteri tersayang. Kerapkali terjadi hilang fokus kepada hubungan kelamin tetapi mani terkeluar tanpa sengaja. Keadaan ini juga sering terjadi kepada lelaki yang sudah lama berkahwin. Adakah itu tanda-tanda akan mati pucuk atau sementara sahaja?
Sebenarnya ramai perokok di luar sana yang mengalami masalah ini cuma malu untuk mengaku sahaja. Kenapa masalah ini boleh terjadi? Seperti dalam topik sebelum ini saya ada menceritakan yang rokok membawa banyak kesan negatif kepada diri perokok dan hubungan suami isteri. Jika belum baca post sebelum ini sila klik sini(http://zakuanlr.blogspot.my/2016/06/bekas-perokok-terlanjur.html)
Rokok mengandungi bermacam-macam bahan bahaya yang kita semua ketahui. Nikotin dan tar yang terkandung di dalam rokok menyebabkan perjalanan darah ke kelamin lelaki tersekat. Seperti yang kita semua maklum kelamin lelaki memerlukan bekalan darah yang cukup untuk berfungsi dengan sempurna apabila mengadakan hubungan kelamin. Akibat daripada gangguan bekalan darah ke situ menyebabkan kemampuan untuk ereksi dan nafsu seks menjadi lemah. Keadaan ini akan kerap berlaku sehinggalah perokok berhenti merokok. atau mereka akan mengalami masalah mati pucuk seumur hidup jika tidak berhenti segera.
Kenapa anda masih membiarkan masalah ini berlarutan. Hubungan seks bersama suami isteri adalah penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti. Jangan biarkan diri anda dan pasangan anda menjadi mangsa kesan negatif rokok.
Seperkara lagi, cuba anda tanya isteri anda adakah dia suka dengan ciuman bernafas rokok itu? Mungkin isteri anda akan menjawab secara tidak jujur demi menjaga hati anda. Tetapi percayalah mereka akan menjawab secara jujur apabila anda telah benar-benar berhenti merokok. Tidak percaya berhentilah dulu baru anda akan dapat jawapan.
Seperti biasa jangan lupa untuk ambil tindakan segera berhenti merokok ini pada bulan Ramadhan yang mulia ini.
Klik di sini untuk beli buku Jom Berhenti Merokok yang pernah saya beli sebelum ini.
Selamat berpuasa dan selamat berhenti merokok. Jangan lupa dapatkan tips untuk berhenti merokok dalam post yang akan datang.
Saturday, June 11, 2016
Thursday, June 9, 2016
Bekas Perokok Terlanjur
Bekas perokok?
Ya benar. Dulu saya seorang perokok tegar. Bermacam-macam jenis rokok saya dah cuba. Dari Dunhill hingga ke rokok murah yang lain. Kemudian bertukar ke vapor. Susah nak cari vape fluid kembali menjadi perokok tegar semula.
Berhenti?
Dah berbagai cara saya cuba untuk berhenti dan semuanya berakhir dengan cuba untuk berhenti. Ramai orang bertanya apalah susah sangat nak berhenti rokok. Ya. Cuba untuk berhenti memang tidak susah, tetapi untuk benar-benar berhenti memang susah.
Apa yang susah sangat?
Susah tu tak susah lah tetapi semua orang akui dalam rokok ada sejenis racun bernama nikotin yang buat kita ketagih lebih daripada ketagih dadah lagi. Dadah sukar diperolehi dan memang tak boleh nak ambil sesuka hati depan orang ramai. Akan tetapi rokok yang mengandungi nikotin ini bebas dihisap di depan khalayak ramai kecuali di tempat yang telah digazetkan sebagai zon larangan merokok. Itupun kita main langgar saja.
Nak beli rokok tak susah. Pergi je kedai runcit berdekatan atau paling tidak 7E yang boleh diakses 24 jam. Kadang-kadang dekat pasar malam pun ada dijual.
Walaupun ulamak telah menfatwakan rokok sebagai haram dihisap tetapi ia masih bebas dijual. Bukan salah ulamak menfatwakan hukum tersebut berdasarkan qias terhadap racun yang terkandung dalam rokok. Ulamak menegakkan hukum Allah. Siapa yang nak disalahkan? Kerajaan? Rokok adalah sumber ekonomi terbesar kerajaan. Memang saya sokong pun kalau nak salahkan kerajaan kerana undang-undang rokok lebih menyebelahi kerajaan.
"Hidup menyalahkan orang lain kan senang..." kata Dr. Azizan Osman.
Kita boleh salahkan orang lain atas kesilapan kita. Kita boleh salahkan sesiapa sahaja. Kita boleh salahkan kerajaan, ulamak, kedai-kedai, pasaraya, jalan raya, kereta dan lain-lain. Tetapi sampai bila?
Tepuk dada tanya diri sendiri, tanya hati, tanya akal. Adakah kita dikatakan orang yang bijak jika hanya pandai menyalahkan orang lain atas kesilapan kita. Memang sukar nak akui kesilapan diri.
Jika dikaji sejarah perokok mula merokok, ramai yang memberi jawapan rakan sebaya adalah pengaruh terbesar yang mencetuskan idea untuk merokok. Selain daripada pengaruh ibu bapa dan tidak kurang juga pengaruh media hiburan yang menonjolkan aksi seorang hero atau penjahat yang sedang memukul seseorang sambil memegang sebatang rokok ataupun aksi selepas dipukul oleh anggota penyiasat di dalam lokap penjenayah tersebut meminta sebatang rokok. Hebat bukan? Lakonan itu mungkin nampak biasa sahaja tetapi di kaca mata seorang perokok ia sebuah lakonan yang hebat.
Berbalik kepada persoalan tadi, kita boleh salahkan siapa sahaja untuk menjadikan tabiat merokok kita sukar dibuang. Saya ulang balik ayat Dr. Azizan tadi, "Hidup menyalahkan orang lain kan senang".
Rokok memberi idea?
Rata-rata kaki rokok mengatakan rokok mencetuskan idea apabila diperlukan. Inilah khayalan palsu yang direka oleh perokok. Sebenarnya jika kita tidak merokok lebih banyak idea yang datang bertalu-talu. Apabila merokok kandungan oksigen dalam badan kita adalah rendah. Idea akan datang bertalu-talu apabila oksigen meningkat. Kenapa jadi begitu? Ini adalah kerana rokok adalah bahan yang berunsur negatif. Lebih banyak halangan minda akan terus berlaku selagi tenaga berunsur negatif wujud dalam badan kita. Insyaallah saya akan huraikan dengan lebih lanjut pada masa akan datang mengenai tenaga berunsur negatif ini.
Perokok ramai kawan.
Ini adalah salah faham yang ditimbulkan oleh kaki rokok. Mungkin ia betul juga, kerana perokok akan suka berkawan dengan perokok. Kononnya sambil berbual sambil merokok atau boleh berkongsi rokok. Tiada gunanya berkawan dengan orang yang berunsur negatif. Ibarat kita berkawan dengan pembuat minyak wangi, bauan harum akan melekat di badan kita. Jika berkawan dengan perokok walaupun kita tidak hisap rokok, bauan yang kononnya harum itu akan melekat juga di baju kita.
Rokok menenangkan fikiran.
Ya ramai perokok berfikiran begitu. Bila stress mereka akan banyak menghabiskan masa menghisap rokok. Sekejap-sekejap cucuh api rokok. Sekejap-sekejap cucuh. Masalah hilang? Tak hilang-hilang juga. Masalah tidak akan selesai selagi kita tidak menyelesaikannya. Hisap lah rokok banyak mana sekalipun masalah tidak akan selesai malah semakin bertambah.
Ini satu lagi cerita. Bila lepas makan mesti nak cari rokok dahulu. Jika tidak merokok jiwa tidak tenteram. Kebanyakan orang akan alami rasa sengal-sengal bermula di bahagian pipi kemudian merebak ke bahagian keliling bola mata. Ini semua berlaku apabila ketagihan nikotin mula bermaharajalela. Adakah ini dinamakan ketenangan? Tenangkah kita jika jiwa berkecamuk memikirkan rokok pada masa itu. Kalau bekalan rokok putus di waktu tengah malam, kita sanggup ke kedai 24 jam semata-mata untuk beli rokok. Inikah yang dinamakan ketenangan? Tenanglah sangat...
Bagaimana nak berhenti?
Nak berhenti tidak susah sebenarnya. Saya akan berkongsi teknik-teknik mudah untuk berhenti merokok dalam post yang akan datang. Apa yang penting niat untuk berhenti merokok itu penting. Tetapi niat sahaja tidak cukup tanpa disusuli dengan tindakan. Pada bulan puasa ini ramai yang ambil kesempatan untuk berhenti. Bagus. Teruskan. Kerana itulah yang terbaik kita harus lakukan. Apapun ramai jugak yang berjaya berhenti pada bulan puasa dan akhirnya merokok kembali selepas bulan puasa. Itu menyedihkan. Nak tahu bagaimana cara untuk kekal berhenti merokok walaupun selepas bulan puasa? Nantikan dalam isu yang akan datang.
Terima kasih kerana membaca sampai tahap ini kerana anda sememangnya ada niat untuk berhenti merokok atau sedang tercari-cari teknik untuk berhenti merokok untuk dianjurkan kepada suami atau adik beradik atau sesiapa sahaja yang anda sayangi. Tahniah. Anda di tempat yang betul. Buat masa ini sila download dulu ebook ini untuk mengetahui teknik-teknik berhenti merokok dalam masa 3 minggu. Ebook tersebut bukan milik saya. Tetapi sekurang-kurangnya saya berkongsi apa yang patut saya kongsi. Saya doakan anda berjaya berhenti merokok setelah membaca ebook tersebut. Amin...
Download ebook berhenti merokok dalam masa 3 minggu di sini.

Salam dan Selamat Datang semua.
Zakuan LR blog. Kenapa ada LR? LR bermaksud Lata Rek. Lata Rek adalah kampung kelahiran saya. Di sana ada waterfall yang selalu dikunjungi oleh ramai orang. Lata Rek merupakan desa yang nun permai dan indah saujana. Saya bangga dilahirkan dan dibesarkan seterusnya menjadi penduduk Lata Rek.
Blog ini adalah blog personal dan saya bebas berkongsi apa sahaja di sini. Apa yang saya mahu adalah perkongsian ilmu yang dapat memberi manafaat kepada semua pengunjung. Semoga perkongsian di sini menjadi sumber rujukan semua peringkat generasi.
Subscribe to:
Comments (Atom)